SIMPULAN BAHASA - CIKGU RASHID LEWAN
Monday, 29 May 2017
Friday, 31 October 2014
KOLEKSI SIMPULAN BAHASA
A
1. Abang angkat
Lelaki yang lebih tua daripada kita yang dijadikan
seperti abang sendiri.
2. Abang ipar
Abang kepada isteri atau suami kita
3. Abang kandung
Abang seibu seayah dengan kita
4. Abang tiri
Anak abang tiri atau ibu tiri yang umurnya lebih tua
daripada kita.
5. Abu Jahal
Seseorang yang tidak gemar akan orang yang
melakukan kebaikan.
6. Abu Nawas
Orang yang pandai membuat tipu helah.
7. Mengabui mata
Memperdaya seseorang supaya tidak mengetahui
tujuan sebenarnya.
8. Ada akal
Memiliki pendapat yang baik.
9. Ada angin
Orang yang berperangai tidak menentu.
10. Ada bakat
Ada kebolehan dalam sesuatu bidang.
11. Ada harapan
Berpeluang untuk mendapat sesuatu.
12. Ada hati
(a) Menyimpan perasaan terhadap seseorang.
(b) Berkeinginan untuk melakukan sesuatu.
13. Ada jalan
Mempunyai cara untuk menyelesaikan sesuatu.
14. Ada otak
Bijaksana.
15. Ada rezeki
Berpeluang untuk mendapatkan sesuatu yang
diingini atau dihajati.
16. Ada rupa
Cantik dan bergaya.
17. Adik angkat
Lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada
kita yang dijadikan seperti adik sendiri.
18. Adik ipar
Adik lelaki atau perempuan kepada suami atau
isteri.
19. Adik kandung
Adik sendiri iaitu daripada ibu bapa yang sama.
20. Adik tiri
Anak bapa atau ibu tiri yang umurnya lebih muda
daripada kita.
21. Adu domba
Melaga-lagakan seseorang bagi menimbulkan
pergaduhan. (Adu untung)
22. Adu nasib
Mencuba nasib.
23. Air mati
Air yang telah dimasak dan disejukkan.
24. Air muka
(a) Maruah diri.
(b) Wajah seseorang.
25. Ajak-ajak ayam
Mempelawa dengan tidak bersungguh-sungguh.
26. Akal belut (Akal kancil)
Tipu muslihat yang licik.
27. Akal budi
Fikiran yang sihat.
28. Akal panjang
Bijaksana.
29. Akal pendek (Akal sejengkal, Akal singkat)
Tidak bijaksana.
30. Alas cakap (Alas kata)
Kata pendahuluan.
31. Alas fikiran
Pendapat yang bernas.
32. Alas kaki
Selipar, kasut dsb.
33. Alas perut
Makan sedikit untuk menahan lapar, sementara
menunggu masa makan.
34. Ali Baba
Lesen perniagaan yang diperoleh tetapi diberikan
kepada orang lain untuk menguruskan
perniagaannya.
35. Alih angin
Berkunjung ke tempat lain untuk meluaskan
pandangan atau memperoleh pengalaman.
36. Alim-alim kucing
Berpura-pura baik.
37. Ambil alih
Menggantikan orang atau pihak lain untuk
mengendalikan sesuatu.
38. Ambil angin
(a) Menyedut/menghirup udara bersih
(b) Bersiar-siar untuk menenangkan fikiran
39. Ambil berat
(a) Mengambil tahu tentang sesuatu
(b) Memberikan perhatian
40. Ambil hati
(a) Berasa tersinggung oleh kata atau perbuatan
seseorang.
(b) Melakukan sesuatu supaya disukai orang
41. Ambil kesempatan
Memanfaatkan peluang yang ada.
42. Ambil kira
Membuat pertimbangan.
43. Ambil masa
Memerlukan sesuatu tempoh tertentu.
44. Ambil mudah
Menganggap sesuatu sebagai remeh, tidak
penting atau mudah.
45. Ambil peluang
Mendapatkan faedah daripada sesuatu keadaan
46. Ambil pusing
Memberikan perhatian terhadap sesuatu.
47. Anak buah
(a) Anak saudara, iaitu anak adik, abang, atau
kakak sendiri.
(b) Orang di bawah jagaan seorang ketua spt.
penghulu atau ketua kampung.
48. Anak dagang
Orang asing.
49. Anak dara
Perempuan yang belum berkahwin.
50. Anak didik
Pengikut seseorang pemimpin yang diasuh oleh
pemimpin itu sendiri.
51. Anak emas
(a) Anak yang sangat disayangi.
(b) Pekerja yang disayangi majikan.
52. Anak haram (Anak sumbang)
Anak yang dilahirkan sebelum pasangan suami
isteri bernikah.
53. Anak jantan
Lelaki yang berani.
54. Anak jati
(a) Penduduk tetap di sesuatu tempat.
(b) Anak watan bagi sesebuah negara.
55. Anak kandung
Anak sendiri.
56. Anak kapal
Pekerja-pekerja kapal
57. Anak mata
Bulatan kecil di tengah-tengah mata.
58. Anak negeri
Penduduk sesebuah negeri.
59. Anak pungut (Anak angkat)
Anak orang lain yang dijadikan seperti anak
sendiri.
60. Anak tangga
Tempat berpijak pada tangga.

Subscribe to:
Posts (Atom)